Kedamaian itu sejatinya ada di dalam dirimu.
Tidak perlu dicari ke mana-mana.
Tidak perlu tukar kerja.
Tidak perlu tukar bisnes.
Tidak perlu tukar pasangan.
Tidak perlu tukar rumah.
Yang perlu dilakukan hanya duduk diam dan menyedari apakah halangan atau hambatan yang menghalang dari rasa damai itu bercahaya di hatimu.
Apakah ada kemarahan?
sejukkan dengan kemaafan dan menyedari bahawa seperti mana dirimu, dia dan aku tidak sempurna.
Ada masa dia pinjam untuk menyakiti kita, ada masa kita pula di pinjam untuk menyakiti orang lain.
Tidak lain dan tidak bukan, hanya satu – supaya kita menjadi lebih dewasa, lebih rendah hati dan lebih penuh penerimaan dan belas kasih.
Apakah ada kekecewaan?
Bangkitkan dengan cahaya kesedaran bahawa masih terlalu banyak hal yang boleh kita syukuri, Ya! sangat banyak..
ketika kita bersedih, sebenarnya kita lupa yang kita pernah dan masih ada yang sayang dan menghargai kita.
Dan tentunya yang sentiasa memerhatikan kita dengan penuh kasih sayang adalah Dia – Sang Maha Melihat yang melihat setiap pergerakan kita dengan penuh Cinta Kasih yang tidak berhingga.
Buktinya? jantung dan nadi ini tidak pernah berhenti walau sesaat selama berpuluh tahun ini…walau kita sering lupa menyedari-Nya… namun Demi Cinta Kasih-Nya yang tidak bersyarat, kita dijaga dan disayangi terus menerus.
Ucapkan Terima kasih Ya Allah!
Apakah ada ketakutan?
Peluk lembut dengan kesedaran bahawa di saat ini dan di sini.. sesungguhnya kita selamat. Sedari bahawa ketika kita takut, sesunggunya kita hanya lupa bahawa kita pernah berani dan berjaya memulakan langkah.
KIta hanya lupa bahawa Dia yang Maha Menjaga dan Maha Bijaksana merancang yang terbaik buat kita sentiasa ada memerhati dengan penuh kasih sayang.
Terima kasih Ya Allah!
Peluk lembut sisi-sisi gelap dalam dirimu dengan cahaya kesedaran, perlahan-lahan cahaya penerimaan dan kasih sayang ini akan menerangi ruang gelap yang menutupi kedamaian di hatimu.
Hanya izinkan..
Sahabat Hati Anda,
Diyana Tahir
eHati Coach